CLICKITLAH BIOLINK MASTERY
Selamat Datang ke laman web Clickitlah, dimana BroPiyan memberikan solusi inovatif dan bimbingan untuk usahawan Malaysia. BroPiyan membantu usahawan yang ingin membawa perniagaan mereka ke dunia digital dengan menggunakan pelbagai platform dan teknik yang ada di dalam pasaran dengan cara paling efektif.
Dapatkan kemahiran baru hari ini dan bersama-sama kita membantu membentuk masa depan yang lebih cerah bagi usahawan negara.
Perkhidmatan Digital
Kelas Online
Bantuan & Bimbingan
Menjadi pemimpin pasaran dalam membantu perniagaan dan usahawan mengoptimalkan potensi mereka melalui teknologi digital dan perniagaan yang bijak. Kami ingin membantu membina masyarakat yang lebih maju dan berkembang melalui kemajuan perniagaan.
Membantu perniagaan dan usahawan untuk mencapai potensi mereka melalui teknologi digital dan perniagaan yang bijak.
Menjalankan sebuah bisnes tidak mudah dan pasti memerlukan banyak masa dan tenaga. Kami di clickitlah.com sedar akan perkara itu dan kami ingin membantu anda.
Anda mungkin sedang mencari-cari cara untuk memajukan bisnes anda, mungkin mengikuti kelas digital adalah pilihan terbaik untuk anda. Clickitlah membawakan tiga kelas penting bagi membantu memajukan bisnes anda - kelas Canva, Google Sites, dan E-Commerce Ecwid.
Kelas Canva membantu anda membuat rekaan grafik yang menarik dan profesional dengan mudah. Ini sangat penting bagi sebuah pernigaan kerana imej dan rekaan grafik yang menarik akan membantu memikat perhatian pelanggan.
Seterusnya Kelas Google Sites, kelas ini membantu anda membuat website yang menarik dan mudah digunakan. Dengan mempunyai website yang menarik, anda boleh memperkenalkan bisnes anda dengan lebih baik dan mempermudahkan pelanggan untuk mencari maklumat tentang bisnes anda.
Kelas E-Commerce Ecwid – menjual dalam tidur, membantu anda memulakan perniagaan dalam talian. Ini sangat penting bagi bisnes yang ingin memperluaskan pasaran dan membuka peluang baru untuk menjual produk atau perkhidmatan secara atas talian.
Dengan mengikuti kelas ini, anda boleh memperoleh ilmu dan pengetahuan penting untuk memajukan bisnes anda. Terus luangkan masa anda untuk belajar dan membina bisnes anda ke tahap seterusnya.