BIZOTO adalah insipirasi dari kerjasama antara BroPiyan dari One Option Empire Network dan BroAzli dari Azlicare Business Consultant. Kami berdua telah bergiat dalam dunia business consultant dan telah membantu usahawan tempatan baru mahu pun lama. Ada di antaranya adalah mereka yang mengenali kami dari platform pemasaran kami dan ada juga yang datang dari pelbagai jabatan termasuk juga dari Tekun Malaysia.
BroPiyan ialah perunding pemasaran digital yang berkelayakan dan telah membantu banyak perniagaan kecil tempatan mewujudkan perniagaan mereka atas talian secara profesional, termasuk membantu mereka menyediakan dan menuntut Google Business Profiles mereka dan menggunakan pelbagai tools yang ada di dalam internet dan Google khasnya untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Manakala BroAzli pula bergiat sebagai business consultant dan juga business coach dan telah mengajar ramai usahawan dari bandar-bandar besar hinggalah ke pedalaman untuk membantu mereka menguruskan perniagaan mereka dari segi dokumentasi, pengurusan sumber dan hasil, aspek pemasaran dan kewangan serta ilmu berkaitan motivasi dan mindset.
Sepanjang kami berkidmat dan berniaga, kami telah berjumpa pelbagai jenis usahawan dengan pelbagai latarbelakang, dari yang berpendidikan universiti sampailah " street smart" yang berani dan produktif. Namun kekurangan pengetahuan dan ilmu tentang pendigitalan dan pengurusan dan pemasaran menjadi antara sebab utama ramai usahawan ini tidak berjaya dan lama berada ditakuk yang sama.
Atas sebab yang sama juga kami mula merangka modul untuk memenuhi kekurangan ilmu pendigitalan yang ada pada usahawan-usahawan baru dan sedia ada, untuk memberi mereka gambaran dan pendedahan supaya mereka boleh mengembangkan potensi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.