Zaman sekarang, perniagaan harus berubah dan beradaptasi dengan dunia digital. Dari pemasaran produk hingga pengurusan akaun, perniagaan harus memastikan mereka terlibat dengan teknologi dan media digital. Bukan sahaja kerana teknologi kini lebih memudahkan sesebuah perniagaan itu untuk beralih ke dunia digital tapi seperti yang kita tahu, kebanyakan pelanggan dan peluang perniagaan berada dalam dunia maya.
Namun, kami di Clickitlah tahu tidak semua usahawan memahami dan memiliki kemahiran untuk berkembang dan memperkasakan perniagaan mereka melalui digital. Mereka sendiri mungkin sudah cukup terbeban dengan kesibukan mengurus perniagaan dan mencari cara untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka bagi memastikan perniagaan tetap berkembang.
Pendemik Covid-19 membawa cabaran tersendiri bagi perniagaan. Banyak perniagaan terpaksa ditutup, dan usahawan terpaksa mencari cara untuk mempertahankan bisnes mereka. Kini, lebih dari sebelumnya, perniagaan harus memastikan mereka memiliki kehadiran digital yang lebih mantap dan meyakinkan.
Inilah di mana Clickitlah memainkan peranan penting. Clickitlah menawarkan perkhidmatan dan kelas untuk membantu usahawan dan perniagaan mereka. Ini bagi memperkasakan bisnes mereka melalui digital. Dari pembangunan website, pendaftaran Google Business Profile, dan pendaftaran e-commerce, hingga penyediaan bahan pemasaran digital, Clickitlah akan membantu mereka.
Usahawan tidak perlu merasa penat dan Lelah sendiri lagi dalam membangun perniagaan mereka. Clickitlah menjadi pembantu dalam memastikan usahawan menjadi hero untuk perniagaan dan keluarga mereka, lebih-lebih lagi ketika kita masih bergelut dalam kemelut ekonomi kini.
Jangan biarkan perniagaan anda terpinggir. Daftarlah sekarang untuk perkhidmatan dan kelas Clickitlah. Bersama Clickitlah, usahawan dapat memastikan perniagaan mereka berkembang dengan memperkasakan bisnes melalui digital dan teknologi.