BroPiyan adalah Pemilik One Option Empire Network yang giat dalam memberi perkhidmatan sokongan kepada perniagaan di luar sana yang ingin memajukan perniagaan mereka melalui saluran perniagaan atas talian.
Ramai yang mengakui mereka menjalankan perniagaan ONLINE, namun begitu mereka cuma berkerja sendiri sambil menggunakan media masa untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.
Sedangkan, perniagaan ONLINE yang sebenar menyentuh pelbagai komponen lain lagi yang lebih kompleks dan media sosial hanyalah salah satu alat yang digunakan dalam mendapatkan traffik dan bukan tempat menjual.
Menjadi tanggungjawab BroPiyan dan syarikat BroPiyan untuk membantu anda supaya lebih faham dan sekaligus mempelajari segala kemahiran dan mendapatkan ilmu yang bersesuaian dengan perniagaan anda supaya perniagaan anda dapat menjadi perniagaan online dalam erti kata yang sebenarnya.
BroPiyan memilih CLICKITLAH sebagai penjenamaan untuk website BroPiyan.
Jadi di Platform seperti Youtube, Tiktok, Website dan Ecommerce, anda boleh cari BroPiyan dengan menaip clickitlah di ruang carian. Yang akan pop up in sya allah adalah perniagaan BroPiyan.
Yang ingin mengenali BroPiyan boleh juga cari dengan menaip BroPiyan di ruang carian.